Pages

Subscribe:

Monday, November 18, 2013

Suka Duka UPSR 2013...

 Tahniah buat Hamizan... Murid Pend.Khas.. mencatat sejarah SKHA di peringkat Pulau Pinang dengan keputusan 5A!!

 Antara barisan guru yg mengajar mereka di SKHA..

 Murid 5A... bersama guru SKHA

 Murid lelaki yg sentiasa senyum walau apa keputusan yg diterima... Mereka Berfikiran Positif! 

 Hamizan bersama ayahnya... Impian si ayah..ingin si anak belajar ilmu duniawi dan ukhrawi untuk bekalan.. 

 Idraki @ Kiki... Antara calon yg mendapat 5A... Tahniah!

Mullah.... calon yg sentiasa happy!

Suka duka UPSR 2013... Pada dasarnya segala kurniaan Alah sama ada berbentuk kesenangan atau kesusahan merupakan ujian untuk kita.

Jika kita mendapat nikmat kesenangan adakah kita bersyukur dengan nikmat tersebut atau adakah kita menjadi semakin lalai daripada mengingati Allah? Jika kita mendapat ujian kesusahan adakah kita bersabar dan terus berusaha atau adakah kita berasa keluh kesah dan berputus asa?

Sebagai pelajar, keputusan peperiksaan yang kita terima juga adalah ujian untuk kita. Adakah kita bersyukur kepada Allah, merendah diri dengan keputusan yang cemerlang atau kita mendabik dada, berbangga-bangga serta berasa takbur dengan usaha kita selama ini.

Bagi yang berjaya, kita seharusnya bersyukur atas kejayaan tersebut dan bersimpati terhadap mereka yang kurang berjaya. Kita juga tidak sepatutnya berbangga-bangga atau menunjuk-nunjuk kejayaan tersebut kerana ia boleh menimbulkan rasa sakit hati atau jelik insan lain yang kurang bernasib baik.

Walaupun usaha gigih kita selama ini ternyata membuahkan hasil, namun kita harus sedar bahawa segalanya datang dari Allah. Kejayaan kita juga adalah dengan izin-Nya. Usaha kita hanyalah sebagai sebab kepada kejayaan tersebut.

Walhal dengan usaha yang sebaik mungkin namun Allah menetapkan rezeki kita tidak seperti yang kita harapkan, maka hal tersebut akan berlaku jua. Jalan yang terbaik adalah dengan berasa reda dengan apa jua keputusan yang didapati, kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Perasaan sedih yang dialami bagi mereka yang gagal mencapai matlamat peperiksaan pula adalah satu perkara yang normal. Di sini kesabaran kita menjadi benteng pertahanan daripada kesedihan yang melampau dan keluh kesah.

Dengan memahami bahawa keputusan tersebut sebagai satu ujian serta memerlukan kita untuk bersabar dan bermuhasabah, maka kita akan berasa lebih tenang malah mendapat ganjaran pahala atas kesabaran kita.

Justeru, konsep qada dan qadar perlu difahami oleh para pelajar agar tekanan emosi yang dialami akibat keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan dapat dikawal dan disalurkan kepada cara yang betul.

Ada juga yang tidak ambil kisah akan keputusan yang didapati, namun hal ini juga merupakan satu kerugian kerana tidak mempelajari hikmah serta melakukan muhasabah daripada pencapaian sendiri. Kegagalan mencapai matlamat peperiksaan perlu dilihat sebagai satu maklum balas berkenaan usaha yang kita telah lakukan selama ini.

1 comments:

Love Kpop said...

It seems I'm on the right track, I hope I can do well. The result was something I did and was doing to implement it.
www.clickjogosclick.com

Post a Comment