Pages

Subscribe:

Monday, January 11, 2016

Rangkaian komputer

Rangkaian Komputer

Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.

Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.


Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:

* Perkongsian Maklumat

* Perkongsian Sumber Perkakasan

* Perkogsian Sumber Perisian

* Utusan Elekronik (E-Mail)

* Keselamatan Data

* Sokongan




Definisi Rangkaian

Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui

  • kabel 
  • talian telefon 
  • gelombang radio 
  • satelit 
  • bluetooth 
  • cahaya inframerah. 

Rangkaian Berwayar

1. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN) adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti rumah, pejabat . Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar.

 
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)


2. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN).

Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi
yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.

Rangkaian Kawasan Luas (WAN)


Kebaikan Rangkaian

Berkongsi Fail
Perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk berkongsi salinan data penting kita pada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.

Berkongsi peranti

Di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.

Berkongsi akses internet

Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.

Berkongsi perisian

Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.

Mel Elektronik

Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.

Memindahkan fail

Rangkaian boleh memudahkan pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.



Sumber :
http://tmksklekir.blogspot.my/

Tuesday, September 30, 2014

Eksperimen Untuk Mengenalpasti Asid dan Alkali

Asid dan Alkali 

Asid adalah sebatian kimia yang bersifat masam dan mengkakis. Perkataan "asid" adalah berasal dari perkataan Latin "acidus" yang bererti masam. 
  
 Alkali adalah sebatian kimia yang lebih dikenali sebagai bes atau asas unsur logam bumi beralkali. Perkataan "alkali" adalah berasal dari perkataan Bahasa Arab "al-qaliy" yang merujuk kepada proses pengoksidaan logam akibat pemanasan suhu tinggi.

Sifat Asid dan Alkali 


Sifat-sifat asid

  • Asid mempunyai rasa masam.
  • Asid mengubah kertas litmus biru menjadi merah.
  • Asid mempunyai nilai pH kurang daripada 7.
  • Asid adalah mengakis.

Sifat-sifat alkali
  • Alkali mempunyai rasa pahit.
  • Alkali adalah licin seperti sabun.
  • Alkali mengubah kertas litmus merah menjadi biru.
  • Alkali mempunyai nilai pH lebih daripada 7.
  • Alkali adalah mengakis.
 Ingat semula apa yang pernah saya kongsi tentang tajuk ini pada entri yang lalu... KLIK SINI

Jom eksperimen!!!

Kelas : 5 Arif
Eksperimen : Mengenalpasti Asid, Alkali dan Neutral

 Kertas Litmus




Skala pH











Kesimpulan :

  • Bahan Berasid menukarkan warna Kertas Litmus biru kepada warna merah.
  • Bahan Beralkali menukarkan warna Kertas Litmus Merah kepada warna biru
  • Neutral = Tiada perubahan warna kertas litmus