Pages

Subscribe:

Thursday, September 12, 2013

Keadaan Bahan


Proses Perubahan Keadaan Bahan
Jom kita tengok nota ni..semoga mudah faham

1) Peleburan : pepejal kepada cecair (ais ----> air) (suhu 0 darjah celsius )
2) Penyejatan: Cecair kepada gas (air ---> wap air) (tiada suhu yang tetap)
3) Pendidihan: cecair kepada gas (air ----> wap air) (suhu 100 darjah celsius )
4) Kondensasi : gas kepada cecair (wap air ----> air) (tiada suhu yang tetap)
5) Pembekuan : cecair kepada pepejal (air ---> ais) (suhu 0 darjah celsius )

Contoh yang akan diterangkan di sini adalah untuk : kondensasi; 
Contohnya: apabila kita merasa titisan air di luar gelas.


Contoh lain, cuba perhatikan apabila air sedang mendidih..kondensasi turut berlaku

sebab ---> apabila wap air (gas) menjadi sejuk, wap air akan bertukar menjadi titisan air.


Penyejatan? banyak contoh tentang penyejatan dalam kehidupan harian..
Contohnya, baju yang dijemur menjadi kering di ampaian.

Penyejatan berlaku CEPAT pada empat keadaan:

1) keadaan berangin
2) keadaan kering
3) cuaca panas
4) luas permukaan besar

Cuba fikirkan contoh lain..
Air sungai menjadi surut

Bagaimana pula proses pembekuan, peleburan dan pendidihan?
Ketiga-tiga proses ini melibatkan suhu.


Contoh peleburan, ais jadi cair. Kalau pembekuan, air menjadi ais, manakala untuk pendidihan, air dipanaskan dan menjadi wap air. 





0 comments:

Post a Comment