Pages

Subscribe:

Thursday, September 12, 2013

Fasa fasa bulan

APAKAH FASA-FASA BULAN?
Fasa- fasa bulan dalam bahasa mudah ialah perubahan bentuk bulan yang di lihat dari bumi.

BAGAIMANA IA BERLAKU?
Kerana peredaran bulan mengelilingi bumi.


Rajah di bawah menunjukkan fasa- fasa bulan. Kadang - kadang soalan yang dibina diletakkan matahari di letakkan di sebelah kiri. Kamu perlu ingat arah pergerakan mestilah berlawanan dengan arah jam


  1. Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi.
  2. Sambil berputar pada paksinya , Bulan juga beredar mengelilingi Bumi.
  3. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada masa ke semasa.
  4. Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya Matahari ke Bulan berubah semasa Bulan beredar mengelilingi Bumi.
  5. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.
Fasa Bulan terdiri daripada:
  • Anak bulan
  • Bulan sabit
  • Bulan separa
  • Bulan purnama / penuh
Tempoh masa daripada satu fasa ke satu fasa Bulan yang sama ialah 29 ½ hari.


0 comments:

Post a Comment