Pages

Subscribe:

Monday, January 31, 2011

Penyelesaian Masalah Penggunaan CD Teaching Courseware PPSMI

Penyelesaian Masalah Penggunaan CD Teaching Courseware PPSMI


Masalah
CD Teaching Courseware yang tidak boleh autorun.

Sebab

  1. Terdapat Flash dan Shockwave Player terkini yang mempunyai ciri-ciri terbaru di dalam sistem komputer dan tidak dapat menyokong objek-objek multimedia di dalam CD Teaching Courseware.
  2. Flash Player sedia ada di dalam sistem telah rosak (corrupted).

Jalan Penyelesaian
Uninstall Flash dan Shockwave Player yang terdapat dalam sistem dengan mengikuti langkah- langkah berikut.

    1. Muat turun fail Uninstaller bagi Flash dan Shockwave player dari laman web Adobe. 
      • Buka laman web berikut : http://www.adobe.com/shockwave/download/alternates/#sp 

        Image
      • Klik pada Adobe Flash Player (a) dan paparan berikut akan dipaparkan. Kemudian klik pada Flash Player Uninstaller (b) seperti di bawah.

         Image
      • Pop-up berikut akan muncul dan tekan butang Save.

        Image 
      • Tetapkan direktori untuk simpanan fail unistaller ini, sebagai contohnya di desktop dan klik pada butang save.

         Image
      • Paparan berikut akan muncul dan tunggu sehingga prosses muat turun selesai. Kemudian klik pada butang Close.

         Image
      • Ulangi langkah (i ) hingga (v) untuk memuat turun Shockwave Player uninstaller.
    2. Jalankan Proses Uninstall Flash Player .
      • Klik ikon uninstall_flash_player.exe yang telah dimuat turun ke desktop. (c)

         Image
      • Paparan berikut akan muncul dan klik pada butang run.

         Image
      • Apabila paparan berikut muncul, sila klik pada butang Yes

        Image 
      • Proses uninstall akan bermula dan apabila selesai paparan berikut akan muncul. Klik pada butang Close untuk menamatkan proses uninstall Flash Player.

         Image
    3. Jalankan Proses Uninstall Shockwave Player.
      • Klik ikon sw_uninstaller.exe yang telah dimuat turun ke desktop (d).

         Image
      • Paparan berikut akan muncul dan klik pada butang run.

         Image
      • Apabila paparan- paparan berikut muncul, sila klik pada butang Next
        sehingga paparan proses uninstall (e) muncul.

        Image

        Image 
      • Apabila proses uninstall selesai paparan berikut akan muncul. Klik pada butang Finish untuk menamatkan proses uninstall Shockwave Player.

         Image
    4. Masukkan CD Teaching Courseware dan biarkan proses Auto Installation Flash Player yang dibekalkan bersama CD Teaching Courseware selesai. Untuk makluman, Flash player installation file telah dipakejkan bersama dengan Shockwave Player. Ini bermakna, Shockwave Player turut di-install semasa proses Installation Flash Player, 
    5. Apabila proses Installation Flash Player selesai, CD teaching Courseware akan terus berfungsi seperti biasa. Sekiranya paparan kosong muncul, sila tunggu. Ini kerana sistem operasi sedang menyerasikan Flash dan Shockwave Player yang baru di-install.

0 comments:

Post a Comment