Pages

Subscribe:

Thursday, August 18, 2011

Sistem Suria


 
 














1. Sistem suria terdiri daripada
  • Matahari

  • Sembilan buah planet

  • Satelit-satelit semula jadi yang mengelilingi planet-planet

  • Asteroid

  • Meteoroid

  • Komet

 
2. Pusat bagi sistem suria ialah Matahari yang merupakan sejenis bintang yang bersaiz kecil dalam alam semesta ini.
3. Terdapat 9 buah planet yang mengelilingi matahari sambil berputar pada paksinya sendiri.Setiap satu satu planet juga beredar mengikut satu lintasan yang tetap yang dipanggil orbit.
4. Matahari mengeluarkan cahayanya yang tersendiri manakala planet-planet dan satelit semulajadi memantulkan cahaya matahari.
5. Susunan planet-planet mengikut yang terdekat dengan matahari ialah Utarid (Mercury), Zuhrah (Venus), Bumi (Earth), Marikh (Mars), Musytari (Jupiter), Zuhal (Saturn), Uranus (Uranus), Neptun (Neptune), dan Pluto ( Pluto ).
6. Planet yang paling dekat dengan matahari dan paling panas ialah Utarid.
7. Planet yang paling jauh dari matahari dan paling sejuk ialah Pluto. Pluto juga merupakan planet yang terkecil.
8. Planet yang terbesar ialah Musytari.
9. Planet Zuhrah mempunyai 3 gelang yang lebar mengelilinginya.
10. Semua planet berputar dari barat ke timur kecuali Zuhrah yang berputar dari barat ke timur.
11. Planet Uranus berputar pada sisinya.
12. Planet Utarid dan Zuhrah tidak mempunyai satelit semula jadi.

Objek-objek Lain Dalam Sistem Suria 

Meteoroid, meteor Dan Meteorit












1. Meteoroid merupakan batuan berlogam yang pelbagai saiz yang terapung-apung di dalam sistem suria.
2. Meteoroid yang terapung dekat dengan permukaan Bumi akan ditarik oleh daya tarikan graviti Bumi.
3. Meteoroid yang mamasuki ruang atmosfera Bumi dipanggil meteor.
4. Geseran antara meteor dengan atmosfera Bumi akan menyebabkan meteor itu terbakar dan menghasilkan satu coretan cahaya dilangit. Meteor juga dikenali sebagai tahi bintang.
5. Kebanyakan Meteor habis terbakar sebelum sampai ke permukaan Bumi. Sisa Meteor yang berjaya sampai ke permukaan Bumi dipanggil meteorit.
6. Asteroid merupakan objek kecil yang terdiri daripada pelbagai saiz atau bentuk. Ia terdiri daripada campuran batuan dan logam.
7. Asteroid mengorbit matahari dan juga dikenali sebagai planet kecil.
8. Kebanyakan asteroid boleh di dapati bergerak dalam orbit yang berada di antara orbit planet Marikh dan Musytari.Kawasan ini dipanggil Jalur Asteroid.
9. Komet ialah ketulan ais yang terbentuk daripada campuran gas dan debu. Komet mengelilingi Matahari dalam orbit berbentuk elips yang besardan panjang. Komet mengambil masa yang lama untuk melengkapkan satu edaran mengelilingi Matahari disebabkan orbitnya yang besar.
10. Komet kelihatan berkepala dan berekor yang berbara apabila mendekati matahari. Ini ialah kerana haba matahari akan meleburkan sebahagian ais komet menjadi gas dan debu. Komet kelihatan berbara kerana gasnya yang berpendarfluor memantulkan cahaya matahari yang menyinarinya.
TIP
Untuk mudah menghafal kedudukan susunan planet-planet daripada Matahari (dalam Bahasa Inggeris), murid-murid bolehlah mengingati ayat berikut: 

My Very Eager Mother Just Served Us Nine Pizzas 

M - Mercury
V - Venus
E - Earth
M – Mars
J – Jupiter
S – Saturn
U – Uranus
N – Neptune
P - Pluto

0 comments:

Post a Comment