Pages

Subscribe:

Monday, January 11, 2016

Rangkaian komputer

Rangkaian Komputer

Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.

Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.


Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:

* Perkongsian Maklumat

* Perkongsian Sumber Perkakasan

* Perkogsian Sumber Perisian

* Utusan Elekronik (E-Mail)

* Keselamatan Data

* Sokongan




Definisi Rangkaian

Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui

  • kabel 
  • talian telefon 
  • gelombang radio 
  • satelit 
  • bluetooth 
  • cahaya inframerah. 

Rangkaian Berwayar

1. Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)

Rangkaian kawasan setempat (local area network-LAN) adalah kumpulan komputer dan peranti rangkaian yang disambung bersama-sama biasanya di bangunan yang sama seperti rumah, pejabat . Bentuk LAN yang paling mudah adalah dua buah komputer berhubung menerusi wayar.

 
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)


2. Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network-WAN).

Ia merupakan rangkaian komputer jarak jauh dan teknologi
yang biasanya digunakan untuk menyambungkan komputer yang berada pada lokasi yang berbeza seperti (negeri, negara & benua). WAN disambungkan melalui sistem telefon atau satelit. WAN yang paling besar dan terkenal ialah Internet.

Rangkaian Kawasan Luas (WAN)


Kebaikan Rangkaian

Berkongsi Fail
Perkongsian fail dalam rangkaian komputer memberikan kita lebih banyak manfaat dan kebaikan . Kita boleh menggunakan rangkaian untuk berkongsi salinan data penting kita pada komputer yang berbeza, contoh berkongsi gambar, fail muzik dan dokumen.

Berkongsi peranti

Di dalam rangkaian komputer peranti seperti pencetak laser, mesin faks, modem, pengimbas dan pemain CD-ROM boleh dikongsi oleh ramai pengguna.

Berkongsi akses internet

Pengguna boleh mengakses internet secara serentak dalam rangkaian komputer.

Berkongsi perisian

Dalam rangkaian, semua perisian boleh dipasang di dalam sebuah komputer yang dipanggil server. Ini menjimatkan masa, tenaga dan kos.

Mel Elektronik

Membolehkan pengguna menghantar e-mel dari satu pengguna kepada pengguna yang lain.

Memindahkan fail

Rangkaian boleh memudahkan pemindahan fail dari satu komputer ke komputer yang lain.



Sumber :
http://tmksklekir.blogspot.my/

1 comments:

Post a Comment