Pages

Subscribe:

Wednesday, January 18, 2012

Keperluan Asas Benda Hidup


Keperluan Asas Manusia



Keperluan Asas Haiwan


Haiwan perlu tempat perlindungan

Keperluan Hidup Bagi Manusia dan Haiwan
1. Semua benda hidup mempunyai keperluan untuk memastikan kehidupan mereka.
2. Manusia dan haiwan akan mati jika keperluan hidup mereka tidak dipenuhi dalam jangka masa yang lama.
3. Keperluan hidup bagi manusia dan haiwan ialah :-
  a) Makanan
  b) Air
  c) Udara(Oksigen)
  d) Tempat berlindung


Makanan
1. Manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk :-
a) Pembesaran
b) Membaiki tisu rosak
c) Mendapatkan tenaga
d) Pertahanan dari serangan penyakit
e) Membekalkan haba bagi memastikan badan sentiasa kekal dalam suhu yg sesuai


2. Manusia dan haiwan tidak boleh membuat makanan sendiri.Oleh itu manusia dan haiwan mendapatkan makanan daripada haiwan lain atau pun tumbuhan
* 3 jenis pemakanan 
( haiwan yg memakan haiwan lain )* Karnivor
( haiwan yg memakan tumbuhan )* Herbivor
( haiwan yg memakan tumbuhan dan haiwan lain )* Omnivor


Air/Minuman
1. Air adalah satu keperluan yang penting bagi manusia dan haiwan
2. Manusia dan haiwan memerlukan air untuk :-
a) Mengekalkan suhu badan
b) Mengangkut makanan yg telah dicernakan
c) Membantu pembuangan sisa kumuh
d) Diperlukan dalam pengedaran darah


3. Manusia dan haiwan akan mati jika tidak mendapat air yg secukupnya dalam tempoh masa yang lama.


Udara/Oksigen
1. Udara/Oksigen adalah keperluan yang paling penting dalam kehidupan.
2. Tanpa udara/oksigen manusia dan haiwan akan mati dgn cepat.
3. Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk bernafas.


Tempat berlindung
1. Tempat perlindungan diperlukan oleh manusia dan haiwan untuk :-
a) Melindungi dari bahaya
b) Panas matahari
c) Hujan


2. Jenis jenis tempat perlindungan
Manusia
a) Pondok
b) Rumah panjang
c) Flat
d) Banglo
e) Teres


Haiwan
Haiwan mempunyai tempat perlindungan yang berbeza.
a) Sangkar :- Burung, Hamster
b) Sarang :- Burung, Lebah, Tebuan, Semut
c) Lubang :- Cacing, Tikus, Arnab
d) Gua :- Kelawar, Beruang
e) Terumbu :- Ikan, Ketam


Keperluan Asas Tumbuhan

Keperluan Asas Tumbuhan
a) Air
b) Udara (Karbon Dioksida)
c) Cahaya Matahari

*Tumbuhan tidak membuat makannya sendiri... ia mendapatkan makanan melalui proses yg dinamakan "FOTOSINTESIS"..... Jom tengok video di bawah... Sila tanya guru sains di sekolah jika tidak faham atau kurang jelas....


Proses Fotosintesis

Saturday, January 7, 2012

1 Murid 1 Sukan


Jumaat (6 Januari 2012) ... Jam 4... ke PPDU, Kepala Batas... Ambil modul 1 Murid 1 Sukan (1M1S).... Thanx utk Us.Hariri....
Sepanjang cuti hujung minggu ni..agak sibuk mencari bahan2 1M1S.... Program ini dilancarkan oleh YAB TPM...pada 17 Mac dan diadakan mulai 2011.Jom kita baca ye.............

Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S)
Dasar 1 M 1 S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. 

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. 

Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk:

  1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
  2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. 

 Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 

1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
3. Memupuk perpaduan di antara kaum.
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid.
5. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal.
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Konsep Dasar 1 M 1S  diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 

  1. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif.  
  2. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.  
  3. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.
 Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 

  1. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.  
  2. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;.  
  3. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S.  
  4. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan.  
  5. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani, Jasmani, dan Emosi murid.  
  6. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah.  
  7. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 

  1. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.  
  2. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.  
  3. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.
Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan:
  • Kehadiran;  
  • Jawatan Serta Sumbangan;  
  • Penglibatan; dan  
  • Pencapaian.

‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’

Friday, January 6, 2012

Hari yang sibuk!


Haiwan Hidup Bersendirian...

Hari kedua sesi persekolahan... Hari ni Tahun 6 baru start tajuk "Haiwan hidup bersendirian dan berkumpulan". Murid faham tentang tajuk, tapi tak dapat nak cerita semula kepada sy... Aisey! Tak pa... slow2... Biaq lambat asal selamat. Tapi agak banyak gak yg ada masalah dalam bahagian B.... Secara umumnya..kelas ni,rata2 murid sekadar dapat D dan E.... Alamakkkk!!! InsyaAllah.. Dimana ada kemahuan, disitu ada highwayyyyy!!! Huahahahaha....

Buku Teks Sains Tahun 4 (Bahasa Melayu)





 Lain binatang....Lainlah habitatnya..... *habibat bermakna tempat tinggal...

Kelas Tahun 4 baru diperkenalkan dengan tajuk keperluan asas manusia dan haiwan... Tahun 4 akan diajar dalam Bahasa Melayu secara sepenuhnya,memandangkan sekarang MBMMBI... dan penggunaan buku teks dalam Bahasa Melayu yg baru diedarkan...

 Lepas sekolah..meeting Ko-Kurikulum...
Agenda :
  1. Program2 2012....
  2. Merentas Desa..
  3. 1 Murid 1 Sukan...
*Program 1M1S akan dilaksanakan sepanjang 2012 ni...Esok akan ke PPD...utk jumpak pegawai berkenaan..pastu baru akan dilancarkan di sekolah.. Harap2 cikgu2 skolah sy bg kerjasama okeh! "Kerjasama......Kerja sama-sama...." Nanti la bila btol2 rasa free...akan sy wat 1 entry khas utk 1M1S ni... ok laa... jumpa lagi... Salam!

Thursday, January 5, 2012

Sesi 2012 bermula....

Selamat Datang kepada semua murid Tahun 1...dan Selamat Kembali ke sekolah buat semua murid yg lain... Hari ni,memang bz.. Dah lumrah hari pertama persekolahan di mana2 sekolah... Pepun tahun 2012.. tetap ajar subjek yg sama.. Sains...PJ... PK... dan P.Seni... So, hari ni memang sekadar sesi pengenalan tentang tajuk2 yg akan dipelajari dan secara tak langsung menjadi sesi taaruf antara guru-murid... Tak banyak yg berubah....

 4 Arif - Pendidikan Seni Visual...
 Lukisan bebas - Untuk mencungkil bakat melukis dan mewarna di kalangan murid

 Contoh oleh guru yg menggunakan warna pensel

Antara lukisan dan hasil penggunaan warna krayon yg menjadi Bahan Bantu Mengajar...

Monday, January 2, 2012

Selamat Datang 2012....

Salam Tahun Baru 2012 dari Cikgu Nort...


2012 menjelmakan diri....  Ada yg terdetik, sempena 2012 ni... nak buat perubahan.. ada azam baru... dan tak dinafikan juga masih ada azam 2011 yg lepas belum tercapai... Okay.. Lupakan 2011... Jadikan sempadan jika ada kekhilafan.. Jadikan kepuasan jika terselit kejayaan.. 2012.. Kita sama-sama berusaha menjadi yang lebih baik dari 2011... InsyaAllah!

Ya!!! Memang diakui bukanlah mudah untuk melakukan perubahan. Apatah lagi jika kita memang dah terbiasa dengan tabiat dan budaya "TAK PA".... "BIARKANLAH.." Ingatlah... Jika kita gagal untuk melakukan perubahan hari ini, belum tentu kita akan senyum keesokan hari. 

Untuk pelajar, jadikan 2012 ini sebagai tahun untuk anda menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Jom! Mari kita lihat adakah senarai tingkahlaku negatif ini ada pada kamu atau tidak.....

FIKIRKAN SEJENAK... ADAKAH KAMU..... 


  • Tinggal solat seolah-olah kamu lupa "Allah Maha Mengetahui"...  
  • Bersikap kasar dan tidak menghormati ibubapa... 
  • Tidak menghormati orang yg lebih berusia walaupun abang dan kakak kamu sendiri.. 
  • Memandang rendah kebolehan dan keperibadian orang lain atau mengejek kawan dengan panggilan atau gelaran yang tidak menyenangkan... 
  • Tipu ibu ayah kononnya kamu ke Masjid atau belajar dengan kawan, sedangkan kamu melepak di Cyber Cafe... 
  • Berlakon atau berpura-pura belajar di dalam bilik, sedangkan kamu galak berFACEBOOK atau menonton klip video di Youtube sehingga lewat malam...... 
  • Kamu jadikan tempat tuisyen sebagai tempat bersembang dan beramah mesra dengan kawan2 dari sekolah lain.... bukannya memanfaatkan setiap ringgit yang telah dibayar oleh ibu atau ayah kamu...
  • Kamu berlakon kononnya kamu dibuli..sedangkan kamu yang membuli.. Hebatkan lakonan kamu?
  • Kamu tak endah nasihat ibu bapa atau guru supaya belajar...
Baiklah.. yang lepas tu, biarlah berlalu.. 2012 ni, kamu berubahlah.... Kamu takut? Malu kawan perli? Takpe.. Soal orang mengata atau menyindir... pedulikan sekejap.. Tanamkan tekad dalam diri.. "Hanya aku yang mampu ubah diri aku!!"...  Kesian kat mak ayah aku... (jgn lupa, dalam Al-Quran pun ada disebutkan...dalam surah  Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri".... Ingatlah.. "Orang takkan faham apa yg kita fikir..dan orang takkan fikir apa yg kita faham"... 
Orait...jumpa lagi! Salam....